Denuma

Bila Tuhan tak ditakuti
Macam-macam boleh terjadi
Tiap orang tak ketahuan
Hala hidupnya sendiri

Maka rosaklah disana-sini.



***
Denuma
/"e" dibaca seperti didalam perkataan "enak"/
kata nama      
   
def : perleraian, kesimpulan; translasi bunyi : DENOUEMENT (b. Inggeris)- sama seperti kes perkataan kudeta - coup d'etat; asal : DENOUER (b. Perancis) - lerai


Basis : EH, Tamadun bertuhan?!!??

Bismillah..
Assalamualaikum wa rahmatullah...

Saya memulakan bicara dengan puji dan syukur kepada Allah, yang telah memberi peluang bagi menyiapkan entri ini.
Juga kepada orang yang sangat kasih kepada ummatnya, Rasulullah saw.

Baiklah, secara ringkasnya, entri ini akan meleraikan persoalan pembaca2 semua mengenai maksud TAMADUN BERTUHAN..

Ok, kita mulakan in sya Allah.

Tamadun- kebudayaan, peradaban, kemajuan, sopan santun dan sebagainya.
Tamadun itu lahir serentak, seiring dan sejalan dengan perkembangan kehidupan manusia dari masa ke semasa dalam bentuk pemikiran dan kebendaan.

Beberapa sarjana Islam seperti Muhd Uthman El Muhammady dan Prof. Madya Dr Ismail Hamid bersependapat bahawa peradaban merujuk kepada pencapaian manusia dalam 2 bidang utama, iaitu kerohanian dan kebendaan.

Manakala, suka untuk saya memetik pendapat seorang sarjana Islam kontemporari, Syed Naquib Al-Attas. Beliau menyatakan bahawa tamadun Islam ialah "kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya".

Ibn Khaldun pula mendefinisikan ianya sebagai "pencapaian manusia yang sudah melebihi keperluan asasi kehidupan sehingga dapat membuka jalan ke arah pemikiran dan penghasilan daya cipta yang lebih halus dan mempunyai nilai nilai seni".

Setelah sekian panjangnya berbicara soal definisi tamadun bertuhan, maka, jom kita rungkai apakah sebenarnya yang diertikan sebagai TAMADUN BERTUHAN ini???

Isu : Pluralisme

Assalamualaikum..

Pengenalan

Pada hari ini umat Islam berhadapan dengan pelbagai cabaran dan pemikiran, antaranya adalah fahaman pasca- modenisme. Era pasca- modenisme menyaksikan perubahan nilai terhadap keseluruhan aspek dalam kehidupan manusia. Ia merupakan edisi baru kepada fahaman sekularisme Barat moden.

Apakah definisi pluralisme dalam agama?

Pluralisme ialah menganggap semua agama itu sama nilaiannya di sisi Tuhan, kebenaran itu dikongsi secara bersama atau kebenaran itu relative maka itu pastinya bertentangan dengan akidah Islam dan membawa kepada kekufuran. Sedangkan Allah telah berfirman di dalam Al-Quran, ada menyebut bahawa "Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam" - surah Ali Imran:19. Ayat ini membuktikan bahawa tak ada satu agama pun yang diterima di sisi Allah selain daripada agama Islam.

Seorang muslim wajib beriktikad bahawa hanya Islam yang diterima di sisi Allah. Islam itu agama Nabi Muhammad s.a.w dan seluruh para nabi sebelum baginda. Firman Allah yang bermaksud,
“Dan sesiapa yang mencari selain Islam sebagai agamanya, maka sama sekali tidak diterima daripadanya dan dia di akhirat nanti termasuk dalam kalangan mereka yang rugi”. - Surah Ali-‘Imran, ayat 85. 

Maka, muslim tidak percaya semua agama sama di sisi Allah di sudut kebenaran dan wahyu. Ini soal akidah. Namun bukanlah bererti Islam membezakan manusia di sudut keadilan dan hak kemanusiaan.

Bagaimana fahaman pluralisme ini menjadi popular? 

Perjumpaan #2

Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!

Bertemu lagi kita pada kali ini.

Post kali ini adalah untuk mengupdate perkembangan projek TITAS kami .

Kami telah mengadakan satu perjumpaan pada hari ini untuk memilih pembentang dan membuat video untuk pembentangan. Kami juga mengadakan diskusi bagi memahamkan setiap ahli mengenai isu yang dipertanggunjawabkan kepada setiap kami

Berikut, dinyatakan maklumat lebih lanjut mengenai perjumpaan tersebut :

                  Tempat :  Bilik Perbincangan, Perpustakaan
                  Tarikh  : 10 Disember 2014
                  Masa    : 11.00 pagi

Diskusi mengenai isu-isu
yang dipertanggungjawabkan
Memilih pembentang.Maslina dan Aima terpilih
Membuat video

Isu : Sekularisme

  Secara asasnya, sekularisme merupakan fahaman yang berkait dengan hal duniawi atau dari sudut sosiologinya bermaksud perkembangan masyarakat, iaitu membebaskan pandangan manusia tentang dunia daripada pengaruh keagamaan, sehingga agama atau apa-apa sahaja yang bersifat suci tidak lagi menguasai masyarakat dan pandangan manusia.

   Turki merupakan negara Islam pertama yang menerapkan prinsip sekularisasi politik dengan memisahkan Islam daripada negara dan juga membubarkan kekhalifahan Islam. Sebilangan besar penduduk negara itu beragama Islam. Usaha untuk membawa bangsa Turki ke peringkat yang sama dengan bangsa Barat ini dilakukan oleh presiden pertama Turki iaitu Mustafa Kamal Ataturk semasa negara itu diisytiharkan sebagai sebuah negara republik pada 29 Oktober 1923.
Jajahan minda ini bukanlah suatu perkara yang baru di Malaysia. Fahaman ini telah lama merosakkan akidah umat Islam dari sudut pemikiran, sosial, politik, ekonomi dan pendidikan.

Basis : Ciri-ciri bertuhan

Bismillahirahmanirahim.

Assalamualaikum semua. Dan salam sejahtera!

Hidup bertuhan. Apa itu hidup bertuhan? Mengikut definisi yang diambil dari http://rashidnaiki.blogspot.com , hidup boleh ditakrifkan melalui dua aspek iaitu :

Aspek biologi, hidup (al hayah) : sesuatu yang maujud (ada) dalam makhluk hidup (asy-syai`u al- qaa`im fi al- ka`ini al- hayyi). Hidup sebagai bahan yang membuat sesuatu menjadi hidup, yang membezakannya dengan benda-benda mati secara asli seperti batu, ataupun benda mati yang sebelumnya berasal dari benda hidup, seperti pokok. Hidup adalah nampak dan wujud dengan berbagai tanda-tandanya, seperti keperluan akan makanan, peka terhadap rangsangan, pertumbuhan, dan pembiakan, lawannya dalam pengertian biologi ini, adalah mati. Demikian pula seseorang yang kaku di bilik jenazah disebut telah mati, kerana telah hilang darinya tanda-tanda kehidupan yang semula dimilikinya.

Aspek sosiologi, hidup berkait erat dengan segala perbuatan manusia yang wujud dalam seluruh interaksi yang dilakukannya. Hidup bererti menyangkut seluruh aktiviti manusia dalam berbagai macam interaksinya satu sama lain. Tiada interaksi atau mengasingkan diri adalah ‘mati’.

Hidup dalam arti biologi, adalah syarat bagi adanya hidup dalam arti sosiologi. Tak akan ada hidup dalam pengertian sosiologi, kecuali dengan adanya hidup dalam pengertian biologi. Meskipun mungkin ada terdapat hidup dalam makna biologi, tetapi tak terdapat hidup secara sosiologi.
Memahami hakikat hidup adalah sangat fendumental. Kegagalan memahami hakikat hidup, akan membuat seseorang menjalani hidup bagaikan layang-layang terputus talinya atau bagaikan kapal berlayar tanpa nakhoda.
‘Dan Kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan, lalu Kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yang beterbangan.’ (QS Al Furqaan : 24)

Bagaimana pula dengan bertuhan?

Isu : Liberalisme

LIBERALISME: CABARAN TAMADUN BERTUHAN

Liberalisme adalah suatu struktur pemikiran yang merangkumi hampir seluruh aspek kehidupan manusia, terutamanya sosial, budaya, politik, pendidikan, ekonomi dan agama.

Secara bahasanya, liberal bermakna bebas, bertoleransi, berfikiran luas dan terbuka. Pegangan atau fahaman ini ialah suatu falsafah yang meletakkan kebebasan individu sebagai aspek tertinggi. Para pendokong pemikiran liberalisme dikenali sebagai seorang liberal. Dalam sejarah, pemikiran ini lahir dalam pengalaman zaman Pencerahan Barat. 

Pada hari ini, biarpun banyak nilai liberalisme yang wujud dalam pelbagai aspek di sekeliling kita, aspek paling jelas yang kita dapat lihat ialah berkaitan dengan liberalisme budaya. Liberalisme budaya menekankan hak-hak peribadi yang berkaitan dengan cara hidup dan perasaan hati termasuk kebebasan seksual, kebebasan beragama, kebebasan pemahaman dan pelindungan dari campur tangan kerajaan di dalam kehidupan peribadi.

MENCABAR ISLAM, AGAMA YANG SEMPURNA

Nilai liberalisme yang kian merebak dalam masyarakat kita di negara ini khususnya dalam kalangan umat Islam merupakan suatu ancaman yang merbahaya dan mencemarkan imej. Secara keseluruhannya, liberalisme yang cuba dibawa oleh golongan Islam liberal ini lebih kepada suatu perkumpulan tafsiran-tafsiran baru tentang Islam, yang nampaknya tidak bersetuju dengan ijmak dan jumhur ulama tradisional. 

Ra'ayu : Darai sudah lepas!

[PERHATIAN : Berikut ialah pendapat penulis melalui pemerhatian dan pembacaan. Sebarang pencanggahan boleh terjadi memandangkan manusia itu fitrahnya berbeza pendapat. Untuk meraikan rahmat Tuhan ini, boleh komen dibawah untuk menyatakan pemahaman anda dan kongsikan kepada kami agar boleh menjernihkan pemahaman semua kita]

Baru-baru ini, kita telah dikejutkan dengan berita Mahkamah Rayuan telah mengisytiharkan Enakmen 66 dalam Undang-undang Syariah bercanggah dengan Perlembagaan, sekaligus meggugurkan status sah enakmen tersebut yang menghukum mana-mana lelaki Muslim yang berpakaian seperti wanita di khalayak ramai. 

Satu persoalan timbul, adakah ini satu progres yang baik untuk Malaysia bagi mencapai status maju yang dicanang oleh dunia - dimana, setiap hak kemanusiaan diletakkan pada diri individu selagi mana seseorang individu tidak meyerang atau menyinggung hak hidup individu lain? Atau adakah ini satu bentuk regresi moral yang rata-rata kita takuti? Dari sudut pandang penulis, ia bergantung kepada sejauh mana dari mana kita pandang isu tersebut.

Hak Kemanusiaan untuk Semua vs Regresi Moral

Hak kemanusian, menurut PBB, ialah hak setiap manusia untuk sama-sama hidup, tanpa mengira nasionaliti, tempat tinggal, etnik, orientasi seksual, warna kulit, agama, bahasa, dan stauts lain. Kita semua secara sakasama, mempunyai hak tersebut tanpa sebarang diskriminasi. Jika dipandang dari sudut translasi buta sebegini, ideologi ini merupakan satu ideologi yang sangat ideal dan berwawasan utopia. kadangkala, ada juga yang sampai terkeliru, "bukankah ini juga suruhan agama? Bukankah islam itu agama yang tidak memaksa?"

Perjumpaan #1

Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!

Bertemu lagi kita pada kali ini.

Post kali ini adalah untuk mengupdate perkembangan projek TITAS kami .

Kami telah mengadakan satu perjumpaan pada minggu lepas untuk membincangkan mengenai projek kami ini.

Berikut, dinyatakan maklumat lebih lanjut mengenai perjumpaan tersebut :

                  Tempat :  Kafe RC1
                  Tarikh  : 3 Disember 2014
                  Masa    : 9.00 malam

Bincang kelancaran gerak kerja.


Keenam enam ahli kumpulan khusyuk
menyelesaikan kerja yang telah dibahagikan.



Pelan Gerak Kerja TITAS

Bismillahirahmanirahim.

Assalamualaikum semua.

 InshaAllah post kali ini akan menyenaraikan segala pelan gerak kerja yang bakal dilakukan oleh pasukan kami dalam menyelesaikan tugasan TITAS yang telah diamanahkan oleh Ustazah Mahfuzah kepada kami berenam.


Tarikh
Perkara
Tindakan
25. 11. 2014
‘Brainstorming’ Blog
Semua ahli
25. 11. 2014
Membuka akaun padlet
Maslina
26. 11. 2014
Membuka akaun blog
Abdullah
03. 12. 2014
‘Brainstorming’ blog sesi ke – 2
Bincang perkara berbangkit
Semua
27. 11 .2014 – 9. 12. 2014
Upload hasil kerja masing masing
Semua
10. 12. 2014
Kemas kini blog
Terangkan hasil kerja masing – masing
Semua
11. 12. 2014
Ustazah membuat lawatan ke setiap blog
Ustazah Mahfuzah
12. 12. 2014
Pembentangan blog & padlet
2 ahli kumpulan yang terpilih

Hidup Bertuhan : Intro

Assalamualaikum.

Untuk pendahuluan bagi topik Ciri Orang Hidup Bertuhan, ayuh kita saksikan bersama sama video di bawah ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai topik.


Untuk kupasan lebih lanjut, nantikan post yang lain~~~

Pertama kali

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah wa syukurillah atas nikmat pinjaman nafas dan udara daripada Allah swt. Selawat dan salam juga ke atas baginda Nabi Muhammad saw kerana dengan berkat perjuangan baginda dapat kita mengecapi nikmat Islam dan Iman sehingga ke hari ini.. Alhamdulillah..

Pertama kali kami mendapat tugasan kerja kursus titas ialah pada hari jumaat, 7 November.. Kira-kira 3 minggu yang lalu yang juga merupakan hari pertama kami join kelas titas.. Tema tugasan yang diberikan kepada kami ialah Tamadun Bertuhan..

Maka di sini, kami ingin membentangkan plan kami melaksanakan tugasan ini :-

1) Definisi tamadun bertuhan
2) Ciri-ciri orang yang bertuhan
3) Cabaran tamadun bertuhan, terutamanya serangan pemikiran seperti :-
     i-  sekularism
     ii-  pluralism
     iii- liberalism
4) Resolusi menangani cabaran tersebut

Kami harap tugasan ini sedikit sebanyak dapat membuka minda kami serta para pembaca sekalian akan kepentingan memahami tamadun bertuhan ini.

Moga Allah Redha...