Isu : Liberalisme

LIBERALISME: CABARAN TAMADUN BERTUHAN

Liberalisme adalah suatu struktur pemikiran yang merangkumi hampir seluruh aspek kehidupan manusia, terutamanya sosial, budaya, politik, pendidikan, ekonomi dan agama.

Secara bahasanya, liberal bermakna bebas, bertoleransi, berfikiran luas dan terbuka. Pegangan atau fahaman ini ialah suatu falsafah yang meletakkan kebebasan individu sebagai aspek tertinggi. Para pendokong pemikiran liberalisme dikenali sebagai seorang liberal. Dalam sejarah, pemikiran ini lahir dalam pengalaman zaman Pencerahan Barat. 

Pada hari ini, biarpun banyak nilai liberalisme yang wujud dalam pelbagai aspek di sekeliling kita, aspek paling jelas yang kita dapat lihat ialah berkaitan dengan liberalisme budaya. Liberalisme budaya menekankan hak-hak peribadi yang berkaitan dengan cara hidup dan perasaan hati termasuk kebebasan seksual, kebebasan beragama, kebebasan pemahaman dan pelindungan dari campur tangan kerajaan di dalam kehidupan peribadi.

MENCABAR ISLAM, AGAMA YANG SEMPURNA

Nilai liberalisme yang kian merebak dalam masyarakat kita di negara ini khususnya dalam kalangan umat Islam merupakan suatu ancaman yang merbahaya dan mencemarkan imej. Secara keseluruhannya, liberalisme yang cuba dibawa oleh golongan Islam liberal ini lebih kepada suatu perkumpulan tafsiran-tafsiran baru tentang Islam, yang nampaknya tidak bersetuju dengan ijmak dan jumhur ulama tradisional. 


Tafsiran-tafsiran baru ini bertujuan melonggarkan kepercayaan yang dipegang kukuh selama ini dan juga membebaskan hubungan manusia dengan Tuhan daripada kongkongan wahyu. Untuk tujuan itu, mereka boleh menerima perubahan serta penghapusan ajaran-ajaran tertentu dalam Islam, agar Islam dapat ditafsir semula menjadi lebih terbuka.

Selain itu, dapat diperhatikan yang pemikiran Islam liberal ini ingin menjadikan Islam lebih sesuai dengan kehidupan moden. Secara tidak langsung, ini menonjolkan yang mereka berpendapat bahawa Islam yang diwarisi, stabil dan tidak berubah-ubah sejak dari awalnya tidak lagi sesuai dengan era dunia masa kini.

Irshad Manji : Antara tokoh Islam liberal hari ini
Contoh individu yang menerima idea Islam liberal ialah Asaf Ali Asghar Fyzee, modenis India yang dikatakan oleh Charles Kurzman sebagai Muslim pertama yang mencadangkan nama “liberal Islam”, berpendapat bahawa wahyu perlu ditafsirkan semula dalam kerangka pelbagai teori yang baru ditemui, seperti dalam disiplin sejarah dan sains. Ini bermaksud, menurutnya, Islam perlu difahami semula, bukan sekadar dalam kerangka ilmu yang sah diterima oleh Islam, malah dalam kerangka semua bidang ilmu yang ada di dunia sekarang, sama ada ilmu tersebut diterima atau tidak berdasarkan prinsip akidah, shari‘ah dan akhlak Islam.

Berlatarbelakangkan seruan ini, Fyzee menulis, 
"If the complete fabric of the Sharī‘a is examined in this critical manner, it is obvious that in addition to the orthodox and stable pattern of religion, a newer ‘protestant’ Islam will be born in conformity with conditions of life in the twentieth century, cutting away the dead wood of the past and looking hopefully at the future. We need not bother about nomenclature, but if some name has to be given to it, let us call ‘Liberal Islam".
Fazlur Rahman menulis mengenai Islam liberal, yang menyatakan liberal Islam adalah pemahaman semula wahyu berdasarkan falsafah liberalisme dalam melihat kehidupan semasa. Namun hal ini sangat tidak sesuai kerana falsafah liberalisme semestinya boleh bercanggah dengan pemahaman wahyu.

LIBERALISME DI MALAYSIA

Salah satu contoh gerakan atau kesatuan beraliran liberalisme di Malaysia ialah Sisters in Islam (SIS) yang mana telah dikeluarkan fatwa menyatakan SIS dan mana-mana individu, pertubuhan atau institusi yang berpegang kepada fahaman liberalisme dan pluralisme agama adalah sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam.

SIS, menurut laman sesawang mereka, menekankan prinsip keadilan, kebebasan bersuara dan kesamarataan jantina serta membantah diskriminasi terhadap kaum wanita.

Reaksi SIS dalam isu kalimah Allah
Antara isu-isu yang dibangkitkan oleh SIS yang menerima banyak kritikan termasuklah isu pemakaian tudung, kebebasan beragama, pengiktirafan LGBT dan juga mempertikaikan peruntukan undang-undang keluarga Islam yang didakwa mendiskriminasi wanita Islam.

No comments :

Post a Comment