Bismillahirahmanirahim.
Assalamualaikum semua. Dan salam sejahtera!
Hidup bertuhan. Apa itu hidup bertuhan? Mengikut definisi yang diambil dari http://rashidnaiki.blogspot.com , hidup boleh ditakrifkan melalui dua aspek iaitu :
Aspek biologi, hidup (al hayah) : sesuatu yang maujud (ada) dalam makhluk hidup (asy-syai`u al- qaa`im fi al- ka`ini al- hayyi). Hidup sebagai bahan yang membuat sesuatu menjadi hidup, yang membezakannya dengan benda-benda mati secara asli seperti batu, ataupun benda mati yang sebelumnya berasal dari benda hidup, seperti pokok. Hidup adalah nampak dan wujud dengan berbagai tanda-tandanya, seperti keperluan akan makanan, peka terhadap rangsangan, pertumbuhan, dan pembiakan, lawannya dalam pengertian biologi ini, adalah mati. Demikian pula seseorang yang kaku di bilik jenazah disebut telah mati, kerana telah hilang darinya tanda-tanda kehidupan yang semula dimilikinya.
Aspek sosiologi, hidup berkait erat dengan segala perbuatan manusia yang wujud dalam seluruh interaksi yang dilakukannya. Hidup bererti menyangkut seluruh aktiviti manusia dalam berbagai macam interaksinya satu sama lain. Tiada interaksi atau mengasingkan diri adalah ‘mati’.
Hidup dalam arti biologi, adalah syarat bagi adanya hidup dalam arti sosiologi. Tak akan ada hidup dalam pengertian sosiologi, kecuali dengan adanya hidup dalam pengertian biologi. Meskipun mungkin ada terdapat hidup dalam makna biologi, tetapi tak terdapat hidup secara sosiologi.
Memahami hakikat hidup adalah sangat fendumental. Kegagalan memahami hakikat hidup, akan membuat seseorang menjalani hidup bagaikan layang-layang terputus talinya atau bagaikan kapal berlayar tanpa nakhoda.
‘Dan Kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan, lalu Kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yang beterbangan.’ (QS Al Furqaan : 24)
Bagaimana pula dengan bertuhan?
Mengikut definisi yang diambil daripada Muhammad Imaduddin Abdulrahim (1931-2008) yang akrab dipanggil Bang Imad merumuskan definisi tuhan sebagai sesuatu yang dipentingkan (dianggap penting) oleh manusia sedemikian rupa, sehingga manusia merelakan dirinya dikuasai olehnya (sesuatu itu).
Oleh itu, dapat disimpulkan di sini ‘ Hidup Bertuhan’ ialah melakukan segala aktiviti dalam kehidupan seharian dengan meletakkan Allah / Tuhan sebagai faktor utama sebelum melakukan aktiviti itu.
Oleh itu, bagaimana ciri ciri orang yang mengamalkan konsep hidup bertuhan ini?
Pertama sekali, mereka yang mengamalkan konsep ini, kita akan nampak ciri bertawakal dalam kehidupan mereka. Tawakal dalam segala perkara yang dilakukan oleh mereka. Tidak kira sama ada perkara itu kecil ataupun besar. Maka, apabila konsep tawakal ini diamalkan oleh mereka, kita akan nampak juga yang mereka akan redha dengan segala apa yang berlaku dalam kehidupan mereka.
Kerana mereka yakin dan percaya bahawa semua yang berlaku ini adalah ketentuan daripada Allah subhanawataala. Dan sesungguhnya perkara itu adalah yang terbaik untuk berlaku dalam kehidupan mereka. Hasilnya, mereka yang bertawakal ini, kita akan nampak kehidupan mereka tidak dipenuhi dengan kerisauan, kegelisahan, atau kerungutan. Mereka akan hidup dalam keadaaan tenang, bahagia dan aman.
Yang keduanya, ialah melakukan segala pekerjaan dengan HATI yang penuh TAQWA.Kesedaran ini dapat mengubah 100% diri kita bahawa kita perlu melakukan kebaikan dengan HATI. Bukan dengan rekaan fikiran kita. Bukan dengan hikmah yang sengaja kita reka-reka untuk kononnya menyedapkan hati.
Bagaimana ingin mendapatkan HATI yang baik… yakni TAQWA?
BUKAN DENGAN BERFIKIR POSITIF. FIKIRAN TIDAK MAMPU MENGAWAL HATI.
Tidak percaya???? Ketika gelisah… saya cabar saudara buang gelisah saudara. Ketika kecewa, saya cabar saudara buang kecewa saudara dengan fikiran.
Yang mampu mengubah hati kita hanyalah Allah.
Kerana itu solusi hidup ini tidak lain datang kepada Allah… innalillahi wainna ila hirojiun kerana kita ini lauhaulawala quwwata illabillah.
Kembali kepadaNya.. bagaimana?
Sentiasa sedar kepadaNya… datang dengan khusyuk dalam setiap rukun Islam kita.
Yakni berIHSAN lalu inshaAllah kuatlah iman kita. Tidak sekadar percayakan Allah tetapi YAKIN PADA ALLAH 100%. Total pergantungan kita padaNya.
Akan melakukan apa jua atas NamaNya…. Bismillah hirRahmanir Rahim. Akan melakukan semata-mata keranaNya.
Allah berfirman…. Mintalah kepada Aku dengan jalan sabar dan solat. Allah tidak minta kita berfikir dahulu… tetapi datang dahulu kepadaNya.
Di ketika itu nanti pastilah ILHAM TAQWA masuk… berbentuk idea….
Akan ada kefahaman sehingga muncul di hati, di fikiran, di bibir
Ketika semuanya dilakukan dengan JIWA YANG POSITIF segala FIKIRAN AKAN MENJADI POSITIF. TINGKAHLAKU JUGA AKAN POSITIF. Kita akan bahagia… sangat bahagia…. dan kita akan bencikan maksiat, kejahatan, keburukan.
Semuanya dari hati….. hati kita yang dikawal Allah. Kerana itu apa saja adalah bermula dengan niat kita…. dari hati yang dituntuni ilham. Samada baik atau buruk…. bergantung sejauh mana hubungan kita dengan Allah.
Diambil daripada http://www.fuadlatip.com/v1/
Oleh itu, untuk perbincangan kali ini, dapat disimpulkan bahawa orang yang hidup bertuhan ini, meraka mengamalkan hidup dengan penuh tawakal dan juga melakukan segala pekerjaan menggunakan hati.
p/s Ini adalah pandangan peribadi daripada penulis. Segala perbincangan dialu alukan.

Best Casino Bonuses for December 2021 - Review and Analysis
ReplyDeleteFind a great club w88 list of bet 분석 casino 포커 사이트 bonuses for December 2021. Claim these promotions at the best US online 바카라 룰 casinos. Claim great welcome 블랙 잭 룰 bonuses here!