Basis : EH, Tamadun bertuhan?!!??

Bismillah..
Assalamualaikum wa rahmatullah...

Saya memulakan bicara dengan puji dan syukur kepada Allah, yang telah memberi peluang bagi menyiapkan entri ini.
Juga kepada orang yang sangat kasih kepada ummatnya, Rasulullah saw.

Baiklah, secara ringkasnya, entri ini akan meleraikan persoalan pembaca2 semua mengenai maksud TAMADUN BERTUHAN..

Ok, kita mulakan in sya Allah.

Tamadun- kebudayaan, peradaban, kemajuan, sopan santun dan sebagainya.
Tamadun itu lahir serentak, seiring dan sejalan dengan perkembangan kehidupan manusia dari masa ke semasa dalam bentuk pemikiran dan kebendaan.

Beberapa sarjana Islam seperti Muhd Uthman El Muhammady dan Prof. Madya Dr Ismail Hamid bersependapat bahawa peradaban merujuk kepada pencapaian manusia dalam 2 bidang utama, iaitu kerohanian dan kebendaan.

Manakala, suka untuk saya memetik pendapat seorang sarjana Islam kontemporari, Syed Naquib Al-Attas. Beliau menyatakan bahawa tamadun Islam ialah "kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya".

Ibn Khaldun pula mendefinisikan ianya sebagai "pencapaian manusia yang sudah melebihi keperluan asasi kehidupan sehingga dapat membuka jalan ke arah pemikiran dan penghasilan daya cipta yang lebih halus dan mempunyai nilai nilai seni".

Setelah sekian panjangnya berbicara soal definisi tamadun bertuhan, maka, jom kita rungkai apakah sebenarnya yang diertikan sebagai TAMADUN BERTUHAN ini???



Melayari laman internet beberapa jam kepada beberapa hari mencari apakah tamadun bertuhan ini telah membuatkan saya tersedar bahawa ianya sentiasa akan membawa kita kembali kepada tamadun yang hanya bertuhankan ALLAH, dan tamadun yang memnbawa Islam sebagai syiar mereka.

NAH, sudah terang lagi bersuluh, ini menunjukkan bahawa, hanya tamadun yang mempunyai Allah dan Islam sebagai tujuan, yang akan berjaya dengan cemerlang.

Tidak dinafikan juga, ada tamadun2 lain yang bukan membawa Islam, berjaya, tetapi setelah beberapa akomodasi.
Akomodasi2 ini perlu diterapkan ke dalam sistem mereka dalam usaha untuk menaikkan tamadun dan ideologi mereka itu sendiri.

Sebagai contoh, di dalam tamadun Eropah sendiri, disebabkan tekanan oleh pihak gereja, yang menyebabkan kemunduran dari pelbagai aspek, lebih2 lagi dari bidang ilmu saintifik, mereka telah memperkenalkan sekularisme.
Ideologi atau falsafah ini telah menyelamatkan tamadun mereka daripada terus jatuh merudum menjadi sejarah bualan orang2 semata.

Tetapi, hal ini tidak berlaku kepada tamadun Islam, yang mana, dengan berpegang teguh kepada TAUHEED itu sendiri yang akan menggerakkan insan2 di dalamnya.

Kerana, dengan adanya sesuatu yang dinamakan 'iman' di dalam hati, ianya akan menyebabkan kehidupan setiap ahli masyarakat itu bersistem dan terarah ke arah kebaikan dan kemajuan.

Hal ini kerana, di dalam Islam sendiri, tidak pernah timbul persoalan mengenai tegahan mencari dan mengkaji ilmu saintifik, bahkan apa2 cabang ilmu sekalipun.
Malah, terdapat tuntutan yang jelas bagi menuntut ilmu itu sendiri, dan juga, bagi pemanis rasa, di dalam Islam juga terdapat beberapa ganjaran yang disediakan bagi orang2 yang bersusah2 di dalam menuntut ilmu.

Mari kita sama2 merenung ke dalam kalam Allah serta Rasul-Nya mengenai ilmu!

Surah Zumar:9,

[39:9] (Apakah kamu hai orang musyrik yang lebih beruntung) ataukah orang yang beribadat di waktu-waktu malam dengan sujud dan berdiri, sedang ia takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah: "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran.

Surah Al-Mujaadilah:11,

[58:11] Hai orang-orang beriman apabila kamu dikatakan kepadamu: "Berlapang-lapanglah dalam majlis", maka lapangkanlah niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan: "Berdirilah kamu", maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.

Di sini, kita faham bahawa orang yang berilmu dan tidak itu berbeza dan ganjaran bagi orang berilmu sangat signifikan di sisi Allah.

Menuntut ilmu wajib atas tiap muslim (baik muslimin maupun muslimah). (HR. Ibnu Majah)

Barangsiapa melalui suatu jalan untuk mencari suatu pengetahuan (agama), Allah akan memudahkan baginya jalan menuju surga.”(Bukhari)

NAH, Rasulullah, kekasih kita juga menerangkan kepentingan ilmu dalam kehidupan seorang Muslim serta terdapat juga ganjaran yang sangat best bagi kita, (jika kita menuntu ilmu...), in sya Allah.

"Kenapa dia ni tiba2 masuk topik ilmu pulak?"
Mesti soalan ini yang akan berlegar2 di benak fikiran pembaca betul?

Ini adalah kerana, topik ini telah menjadi topik hangat dalam kalangan ahli masyarakat tamadun Eropah dahulu, kerana mereka telah tertakluk kepada pemerintahan gereja yang menegah sama sekali pengkajian ilmu pengetahuan.

Tetapi hal ini tidak pernah menjadi topik perdebatan dalam masyarakat tamadun Islam, kerana,
sudah jelas bukti2 yang saya berikan di atas.

In sya Allah, menuju ke penghujung...

Berbalik kepada topik perbincangan sebenar kita tadi, boleh disimpulkan bahawa,

  • peranan agama di dalam wujudnya sesuatu tamadun itu memainkan peran yang sangat BESAR.
  • agama juga memainkan peran yang sangat penting di dalam pembentukan ruh dan diri ahli2 masyarakat ataupun insan2 yang menduduki tamadun itu.

Hal ini kerana,

  • merekalah kader2 yang akan menggerakkan tamadun itu samada ke atas@ke bawah, dan hanya menjadi debu2 yang diterbangkan angin dan dilupakan tanpa kesan.


MAKA, dengan hati yang yakin, saya ingin menegaskan, seperti tegasnya Umar Al-Khattab dalam memerintah, bahawa sesebuah tamadun perlu akan kesedaran akan kewujudan entiti yang JAUH LEBIH BESAR yang sentiasa mengawal mereka tanpa mereka sedari, iaitu...

  • ALLAH AR-RAHMAAN!!!


ALLAHUA'ALAM.

No comments :

Post a Comment